Pejabat Pendaftar, UPM
carian di Laman Web Pejabat Pendaftar sahaja
Pejabat Pendaftar | Universiti Putra Malaysia
KURSUS INDUKSI
 
Kursus Induksi ialah kursus yang diwajibkan kepada seseorang pegawai lantikan tetap ke perkhidmatan awam seperti yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan sebelum disahkan dalam jawatan.

Objektif Kursus Induksi
Kursus Induksi ini adalah bertujuan untuk mencapai objektif-objektif berikut :

Modul Umum

Memberi pendedahan yang sama kepada semua anggota dalam Perkhidmatan Awam mengenai Sejarah Negara, Dasar Utama Kerajaan, Rancangan dan Program Pembangunan Negara
Memberi penjelasan tentang sistem pentadbiran, prosedur-prosedur utama, arahan-arahan dan pekeliling-pekeliling serta panduan kerajaan
Memberi kefahaman mengenai kaedah pengurusan dan khusus bagi satu-satu perkhidmatan dan agensi
Memupuk nilai dan etika kerja cemerlang di kalangan semua anggota dalam Perkhidmatan Awam

Modul Khusus
Untuk memperkenalkan Universiti, objektif dan harapan Universiti
Untuk memberi penjelasan mengenai Sistem Pentadbiran Universiti
Untuk menerangkan peraturan-peraturan Universiti dan Pejabat
Untuk memberi pendedahan cara kerja dan budaya kerja cemerlang
 
 
KELAYAKAN STAF

Modul Umum

Staf yang berstatus tetap dan telah berkhidmat selama 6 bulan dari tarikh lapor diri dan selewat-lewatnya 12 bulan dari tarikh lapor diri akan ditawarkan untuk mengikuti Kursus Induksi. Walau bagaimanapun kekerapan kursus bagi staf dari KPP adalah tertakluk kepada tarikh peperiksaan yang telah ditetapkan oleh Bahagian Perkhidmatan, JPA

Lantikan pertama dalam sektor awam

Staf yang tidak mendapat pelepasan dengan izin/meletak jawatan dikehendaki mengikuti semula keseluruhan Kursus Induksi Modul Umum ini walaupun pernah menghadiri Kursus Induksi di majikan yang terdahulu (Sektor Awam sahaja)

Pegawai gred 26 dan ke bawah yang dinaikkan pangkat ke gred 27 dan ke atas juga dikehendaki mengikuti keseluruhan Modul Umum ini

Bagi pegawai KS yang dilantik semula/KPSL (gred 1-17), perlu mengikuti Kursus Induksi Modul Umum ini

Modul Khusus
Staf KPP yang berstatus tetap dan telah berkhidmat selama 6 bulan dari tarikh lapor diri dan selewat-lewatnya 12 bulan dari tarikh lapor diri akan ditawarkan berkursus oleh Pejabat Pendaftar

Staf KPP yang mendapat pelepasan dengan izin dikehendaki mengikuti semula keseluruhan Kursus Induksi Modul Khusus ini

Pegawai gred 27, 29, 32 dan 36 yang dilantik semula ke gred yang lebih tinggi juga dikehendaki mengikuti keseluruhan Modul Khusus  ini

 
 
JANGKAMASA KURSUS

Kumpulan Pengurusan dan Profesional
Modul Umum :12 hari bekerja
Modul Khusus : 3 hari bekerja


Kumpulan Sokongan
Modul Umum dan Khusus :10 hari bekerja
 
 
TAKWIM INDUKSI 2012

Kursus Induksi bagi tahun 2012 telahpun dijalankan.
 
 
 
 
permohonan jawatan secara online!
sistem pengurusan kualiti UPM
sistem pengurusan perubatan UPM
sistem kajian kepuasan pelanggan

     
 
 
 
e-book pejabat pendaftar
 
 
  STATISTIK SEMASA PEGAWAI UPM  
   
  Petunjuk:
AKAD
:
Pegawai Akademik (termasuk Tenaga Adjung, Kursi, Pasca Doktoral, Sarjana Tamu, Pengajar Khas, Felo Perunding, Felo Penyelidik)
P&P
:
Pegawai Kumpulan Pengurusan & Profesional Bukan Akademik (tidak termasuk Tutor)
SOK : Pegawai Kumpulan Sokongan
     
 
Hakcipta Terpelihara © 2009 Pejabat Pendaftar, Universiti Putra Malaysia
PENAFIAN: Pejabat Pendaftar, UPM tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman Web Portal ini
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi 1024 x 768
 
log-Medik naik pangkat e-File kajian kepuasan pelanggan ops sah! Sistem Permohonan Cuti Belajar sistem Pengurusan Latihan Universiti Putra Malaysia