Pejabat Pendaftar, UPM
carian di Laman Web Pejabat Pendaftar sahaja
Pejabat Pendaftar | Universiti Putra Malaysia
BIMBINGAN & KERJAYA STAF
 
PENGENALAN SEKSYEN BIMBINGAN KERJAYA STAF

Seksyen Bimbingan dan Kerjaya Staf menyediakan perkhidmatan kaunseling professional yang dilindungi oleh etika kerahsiaan untuk semua staf Universiti Putra Malaysia secara percuma. Terdapat 3 orang pegawai psikologi yang berdaftar di bawah Lembaga Kaunselor Malaysia yang sedia membantu staf UPM khasnya. Pelbagai jenis perkhidmatan yang ditawarkan antaranya ialah kaunseling individu, kaunseling kelompok, program-program motivasi, pentadbiran profil ujian psikologi.


Etika Kerahsiaan

Perkhidmatan kaunseling adalah berpandukan Piawaian Amalan Kaunseling (Standard of Practice) serta memelihara kod etika. Bagi klien yang hadir secara sukarela setiap maklumat dalam sesi kaunseling dijamin kerahsiaannya. Maklumat klien tidak akan diberitahu kepada mana-mana pihak melainkan setelah mendapat kebenaran dan persetujuan klien demi kebaikan klien sendiri. Bagi klien rujukan pula pegawai psikologi bertanggungjawab memberi laporan umum kepada pegawai perujuk kes.
 
 
FUNGSI KAUNSELING DALAM ORGANISASI

1.
Mendiagnosis masalah pekerja atau kepincangan organisasi.
2.
Memberi peluang pekerja meluahkan perasaan dengan rasa selamat;
3.
Membantu pekerja berfikir secara rasional dan tidak dikuasai oleh emosi;
4.
Mempertingkatkan komunikasi dalam organisasi;
5.
Membantu staf ke arah perkembangan diri.
 
 
TUJUAN KAUNSELING

1. Memberi maklumat
 
Masalah klien selalunya berkaitan dengan kekurangan maklumat.
   
2. Memberikan celik akal
 
Membantu klien memahami lebih lanjut mengenai diri (menyelami diri dan persekitaran).
Membantu klien mengenali dirinya adalah kunci kepada masalah yang dihadapinya.
   
3. Memberi sokongan
 
Klien memerlukan sokongan emosi yang tidak berbelah bagi, kemesraan dan pameran perasaan yang diharapkan dapat mengurangkan bebanan masalah.
   
4. Penyelesaian konflik
 
Mengurangkan ketegangan dan permusuhan antara dua individu (pihak).
Membantu mereka menerima perbezaan dan mencari jalan untuk mencapai penyelesaian yang menguntungkan.
   
5. Membuat keputusan
 
Membantu klien membuat keputusan kerana terdapat klien yang kerap kali menghadapi masalah untuk membuat keputusan.
Pegawai Psikologi boleh berbincang dengan klien sebelum sesuatu keputusan diambil oleh klien.
   
 
 
AKTIVITI- AKTIVITI KAUNSELING SEPANJANG TAHUN 2010

1. Program Motivasi Bulanan

 
Adalah program pencegahan berbentuk ceramah yang mana Seksyen Bimbingan & Kerjaya Staf menganjurkan program selama setengah hari setiap bulan bertujuan untuk menyuntik semangat staf agar kekal bermotivasi menjalankan kerja disamping meningkatkan produktiviti masing-masing.
   
2.
Jelajah Kampus

Seksyen Bimbingan & Kaerjaya Staf menawarkan kepada PTJ program kaunseling menggunakan psychology tools. PTJ yang berminat boleh berhubung terus dengan seksyen  Program ini adalah atas jemputan PTJ dengan tajuk khas yang diminta mengikut keperluan dan kesesuaian PTJ berkenaan

   
3.
Kaunseling kelompok

Perhubungan berkumpulan 2-10 orang dalam satu sesi untuk berkongsi isu dalam kehidupan ke arah perkembangan kelompok.
   
4.
Kaunseling individu

Perhubungan menolong antara kaunselor dan klien untuk membantu klien mencapai celik akal dan membantu perkembangan dirinya
   
5.
Urutan Korporat

Urutan Koporat mula diperkenalkan oleh Seksyen Bimbingan & Kerjaya Staf, Pejabat Pendaftar pada tahun 2009. Urutan koporat merupakan satu urutan terapuitik dalam masa 15-20 minit. Urutan tertumpu dititik urutan di mana ia meningkatkan peredaran darah, stimulasi otot-otot serta meringankan tekanan di tempat kerja. Urutan ini juga dapat melegakan leher,bahu dan otot-otot tangan yang selalunya tegang apabila penggunaan berterusan dihadapan komputer atau peralatan lain. Buatlah temujanji anda  dengan pegawai psikologi Pendaftar.
   
6.
Program Pembangunan Insan

Adalah program bagi staf baharu UPM untuk memperkenalkan seksyen dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada staf.
   
7.
Inventori   Profil Psikologi

Ujian-ujian psikologi untuk mengenali diri seperti ujian Inventori Personaliti Sidek, Inventori Minat Kerjaya Sidek, Inventori Gaya Bercinta, Ujian DASS (stress)  dan lain-lain lagi.
   
 
Pegawai psikologi kami boleh dihubungi pada bila-bila masa waktu pejabat.

Seksyen Bimbingan & Kerjaya Staf
Pejabat Pendaftar UPM

Emel :

fida@upm.edu.my  (03-8947 1554 )
mredzuan@putra.upm.edu.my  (03-8947 1547 )
noorihayatti@putra.upm.edu.my (03-8947 1434)

 
 
 
permohonan jawatan secara online!
sistem pengurusan kualiti UPM
sistem pengurusan perubatan UPM
sistem kajian kepuasan pelanggan
     
 
 

 
e-book pejabat pendaftar
e-book pejabat pendaftar
 
  STATISTIK SEMASA PEGAWAI UPM  
   
  Petunjuk:
AKAD
:
Pegawai Akademik (termasuk Tenaga Adjung, Kursi, Pasca Doktoral, Sarjana Tamu, Pengajar Khas, Felo Perunding, Felo Penyelidik)
P&P
:
Pegawai Kumpulan Pengurusan & Profesional Bukan Akademik (tidak termasuk Tutor)
SOK : Pegawai Kumpulan Sokongan
     
 
Hakcipta Terpelihara © 2009 Pejabat Pendaftar, Universiti Putra Malaysia
PENAFIAN: Pejabat Pendaftar, UPM tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman Web Portal ini
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi 1024 x 768
 
log-Medik naik pangkat e-File kajian kepuasan pelanggan ops sah! Sistem Permohonan Cuti Belajar Sistem Pengurusan Latihan Universiti Putra Malaysia infoman