Pejabat Pendaftar, UPM
carian di Laman Web Pejabat Pendaftar sahaja
Pejabat Pendaftar | Universiti Putra Malaysia
KENAIKAN PANGKAT
 
PENGENALAN

Seksyen Kenaikan Pangkat adalah merupakan sebahagian daripada struktur Bahagian Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar yang berperanan untuk merancang, mengurus dan memantau segala aktiviti yang berkaitan dengan urusan kenaikan pangkat staf di Universiti Putra Malaysia yang meliputi kampus Serdang dan Kampus Bintulu.

Fungsi Seksyen Kenaikan Pangkat :

Seksyen ini juga berperanan dan bertanggungjawab untuk:-

Mengendalikan semua urusan kenaikan pangkat yang meliputi pelbagai jawatan sama ada Turus, JUSA, Kenaikan Pangkat Pegawai Akademik dan Kenaikan Pangkat Pegawai Bukan Akademik dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Sokongan;
Memastikan segala dokumen kenaikan pangkat yang dihantar oleh pemohon adalah lengkap dan mencukupi untuk dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Pemilih;
Memastikan dan mengesahkan setiap pemohon telah melepasi syarat minimum yang ditetapkan;
Mengeluarkan surat makluman berjaya atau gagal kepada pemohon dalam masa yang ditetapkan;
Mengendalikan urusan persediaan mesyuarat bagi Mesyuarat Jawatankuasa Pemilih


Syarat Minimum Kenaikan Pangkat

Syarat-syarat asas untuk proses kenaikan pangkat bagi semua skim perkhidmatan di UPM perlulah memenuhi syarat umum seperti berikut :-

Disahkan dalam perkhidmatan;
Lulus Penilaian Tahap Kecekapan yang ditetapkan;
Mencapai markah 80% bagi Laporan Penilaian Prestasi Tahunan bagi 3 tahun sebelum permohonan;
Bagi Pegawai Akademik di UPM, calon perlu memperolehi minimum markah 80% dalam Skor Markah Kriteria Kenaikan Pangkat yang telah ditetapkan;
Diperakukan oleh Dekan/Ketua Jabatan;
Penilaian khas (jika diperlukan) yang akan ditentukan oleh Pihak Berkuasa Melantik


 
 
 
 
permohonan jawatan secara online!
sistem pengurusan kualiti UPM
sistem pengurusan perubatan UPM
sistem kajian kepuasan pelanggan
     
 
 

 
e-book pejabat pendaftar
e-book pejabat pendaftar
 
  STATISTIK SEMASA PEGAWAI UPM  
   
  Petunjuk:
AKAD
:
Pegawai Akademik (termasuk Tenaga Adjung, Kursi, Pasca Doktoral, Sarjana Tamu, Pengajar Khas, Felo Perunding, Felo Penyelidik)
P&P
:
Pegawai Kumpulan Pengurusan & Profesional Bukan Akademik (tidak termasuk Tutor)
SOK : Pegawai Kumpulan Sokongan
     
 
Hakcipta Terpelihara © 2009 Pejabat Pendaftar, Universiti Putra Malaysia
PENAFIAN: Pejabat Pendaftar, UPM tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman Web Portal ini
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi 1024 x 768
 
log-Medik naik pangkat e-File kajian kepuasan pelanggan ops sah! Sistem Permohonan Cuti Belajar Sistem Pengurusan Latihan Universiti Putra Malaysia infoman