Pejabat Pendaftar, UPM
carian di Laman Web Pejabat Pendaftar sahaja
Pejabat Pendaftar | Universiti Putra Malaysia
PERSARAAN
 
JENIS PERSARAAN

Persaraan Paksa (Pencen Wajib) Dibawah Seksyen 10 Akta 227/239
Persaraan Pilihan Dibawah Seksyen 12 Akta 227/239
Pencen terbitan dibawah Seksyen 14 Akta Pencen 1980 (Akta 227) dan Seksyen 15 Akta Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239)
Persaraan Atas Sebab Kesihatan


Anggota berpencen yang bersara atau dikehendaki bersara dari perkhidmatan Kerajaan layak dibayar faedah-faedah persaraan berikut:

Pencen Perkhidmatan (bayaran bulanan);
Ganjaran Perkhidmatan (bayaran sekaligus); dan
Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat, di mana berkenaan (bayaran sekaligus)


Kadar ganjaran dan pencen yang akan dibayar bergantung kepada tempoh perkhidmatan yang diambilkira dan gaji hakiki bulanan yang akhir diterima oleh anggota itu. Penghitungan kadar sebenarnya ialah seperti berikut:

Ganjaran
7.5% x tempoh perkhidmatan yang boleh dimasukira x gaji hakiki bulanan yang akhir diterima

Pencen
-
1/600 x tempoh perkhidmatan yang boleh dimasukira x gaji hakiki bulanan yang akhir diterima;
-
Tertakluk kepada pencen maksimum tiga perlima (3/5) daripada gaji akhir (dicapai apabila berkhidmat selama 30 tahun atau 360 bulan tempoh perkhidmatan yang diambil kira);


 
 
PERSARAAN PAKSA (PENCEN WAJIB) DIBAWAH SEKSYEN 10 AKTA 227/239

Pegawai/pekerja berpencen/tidak berpencen dikehendaki bersara dari perkhidmatan awam sekiranya Mencapai umur 55, 56, 58 atau 60 tahun

i.
Ini ialah persaraan wajib kerana cukup umur bersara pada pemilihan opsyen yang telah dibuat iaitu pada umur 55, 56 dan 58 tahun. Bagi mereka yang dilantik sebelum 1.10.2001 telah diberi opsyen melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2001 untuk memilih bersara wajib pada umur 55 atau 56 tahun dan 58 tahun;

ii.
Namun begitu bagi pegawai/pekerja berpencen yang sedang menghadapi suatu perbicaraan jenayah atau tindakan tatatertib yang mungkin berkeputusan dengan ia disabitkan atau dibuang kerja belum lagi selesai, mereka tidak dibenarkan bersara dengan perkhidmatannya di lanjut dan disifatkan sebagai cuti tanpa gaji sehingga keputusan kesnya diperolehi;

iii.
Proses bagi tujuan persaraan wajib ini bermula setahun sebelum tarikh persaraan wajib pegawai berkenaan yang akan diproses oleh pihak majikan


Rujukan Pekeliling

-
Akta Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239);
-
Peraturan Pencen 1980, Perintah Am Bab A;
-
Buku Undang-undang Pencen Di Malaysia;
-
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2003- Panduan Urusan Persaraan dan Pencen

 
 
PERSARAAN PILIHAN DIBAWAH SEKSYEN 12 AKTA 227/239

i.
Anggota yang memilih skim berpencen yang telah berumur 40 tahun boleh memohon persaraan pilihan. Tempoh perkhidmatan yang boleh dimasukira tidak kurang daripada 10 tahun perkhidmatan yang diambilkira adalah diperlukan bagi membolehkan faedah persaraan diberi kepada anggota tersebut. Ganjaran perkhidmatan layak dibayar pada tarikh persaraan manakala pencen hanya akan dibayar pada umur layak menerimanya mengikut undang undang pencen;

a.
Bagi anggota yang dilantik pada atau selepas 12 April 1991 dankemudianya diluluskan persaraan pilihan, ganjaran dan pemberian wang tunai gantian cuti rehat (GCR) diberi ketika bersara tetapi pencen akan mula diberi apabila mencapai umur persaran wajib yang terpakai baginya melalui pilihan atau lantikan, iaitu sama ada 55 tahun atau 56 tahun atau 58 tahun;

b.
Anggota yang dilantik sebalum 12 April 1991 yang bersara pilihan layak diberi pencen apabila mencapai umur 45 tahun (bagi perempuan) atau 50 tahun (bagi lelaki)

ii.
Pemohonan bagi tujuan persaraan pilihan ini hendaklah dikemukakan kepada majikan lapan (8) bulan sebelum tarikh pegawai ingin memulakan persaraan pilihan;



Rujukan Pekeliling

-
Akta Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239);
-
Peraturan Pencen 1980, Perintah Am Bab A;
-
Buku Undang-undang Pencen Di Malaysia;
-
Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 1991- Persaraan Pilihan Sendiri;
-
Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 1992- Pindaan Kepada Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 1991;
-
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2003- Panduan Urusan Persaraan dan Pencen;

 
 
PENCEN TERBITAN DIBAWAH SEKSYEN 14 AKTA PENCEN 1980 (AKTA 227) DAN SEKSYEN 15 AKTA PENCEN PIHAK BERKUASA BERKANUN DAN TEMPATAN 1980 (AKTA 239)


Pendahuluan

Panduan ini bertujuan untuk memberi penerangan mengenai peruntukan faedah-faedah persaraan terbitan dan urusan permohonannya yang terdapat di bawah Undang-undang Pencen Sektor Awam Malaysia serta menjelaskan peranan dan tanggugjawab pihak-pihak yang terlibat dengan urusan berkaitan. Ianya juga bertujuan untuk menjelaskan syarat serta tatacara bagi memperolehinya. Ganjaran Terbitan, Pencen Terbitan dan Pencen Tanggungan diberi kepada orang-orang tanggungan anggota yang mati dalam perkhidmatan dan yang mati dalam persaraan.


Kedudukan Di Bawah Undang-Undang Pencen

Faedah Persaraan Terbitan di peruntukan dalam semua undang-undang pencen di Malaysia.  Kedudukan peruntukan tersebut dalam dua undang-undang pencen utama sektor awam adalah seperti berikut:

i.
Ganjaran Terbitan diperuntukan di bawah Seksyen 14 Akta Pencen 1980 (Akta 227) dan Seksyen 15 Akta Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239);

ii.
Pencen Terbitan diperuntukan di bawah Seksyen 14 & 15 Akta Pencen 1980 (Akta 227) dan Seksyen 15 & 16 Akta Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239);

iii.
Pencen Tanggungan di peruntukan di bawah Seksyen 18 Akta Pencen 1980 (Akta 227) dan Seksyen 20 Akta Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239)


Siapakah Yang Layak Menerima?

Ganjaran Terbitan dan Pencen Terbitan

Balu atau duda kepada anggota Perkhidmatan Awam dan anggota Bdan-badan Berkanun dan Pihak-pihak Berkuasa Tempatan (BBKT) yang mati dalam perkhidmatan/selepas bersara;
Duda kepada anggota Perkhidmatan Awam dan BBKT yang telah berkhidmat pada dan selepas 1.7.1980 dan mati dalam perkhidmatan/selepas bersara;
Anak-anak gemulah yang masih dibawah umur 21 tahun dan belum berkahwin termasuk anak angkat, anak tiri dan anak tak sah taraf. Anak-anak yang telah mencapai umur 21 tahun tetapi masih menuntut di Institusi Pendidikan Tinggi bagi mendapat diploma / ijazah pertama; dan;
Anak-anak cacat otak atau anggota secara kekal dan tidak berupaya untuk menanggung nafkah sendiri;
Permohonan Faedah Terbitan Bagi Kematian Dalam perkhidmatan ( Anggota Parlimen /  AnggotaPentadbiran / Setiausaha Politik)

Ganjaran Terbitan Sahaja

Ibu kepada anggota bujang atau bapa (jika ibu meninggal dunia);
Wakil yang sah di sisi undang-undang

Ganjaran Terbitan dan Pencen Terbitan

Balu;
Duda dalam tanggungan yang mengalami cacat otak atau hilang upaya jasmani secara kekal dan tiada upaya menanggung diri sendiri;
Anak, terhad kepada enam orang sahaja;
Ibu atau bapa (jika tiada ibu) - Ibu atau bapa yang bergantung sepenuhnya atau sebahagian besar nafkah kepada gemulah

 
 
TAFSIRAN ORANG-ORANG TANGGUNGAN

Balu / Duda

Mengikut peraturan 2, Peraturan-peraturan Pencen 1980, balu atau duda ertinya isteri atau suaminya yang masih hidup kepada seseorang pegawai yang mati yang mana perkahwinannya diiktiraf di Malaysia sebagai satu perkahwinan yang sah di bawah mana-mana undang-undang bertulis, agama, adat atau kelaziman;
Bagi orang yang bukan beragama Islam, Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian 1976, menghendaki perkahwinan selepas 1.3.1982 di daftarkan di Bahagian Perkahwinan dan Perceraian Jabatan Pendaftaran Negara


Anak

Anak ertinya anak seorang pegawai atau pesara yang mati dan berumur dibawah 21 tahun dan masih belum berkahwin, iaitu:

Anak kandung;
Anak tiri tanggungan – Anak tiri gemulah lelaki;
Anak tak sah taraf – anak yang lahir sebelum atau tanpa perkahwinan yang sah
Anak angkat – anak yang di ambil sebagai anak angkat oleh pegawai itu di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubung dengan pengangkatan atau di bawah mana-mana adat atau kelaziman, dengan bukti memuaskan mengenai pengangkatan itu; dan
Anak cacat – iaitu seorang anak yang tidak kira apa jua umurnya dan yang cacat otak atau kehilangan upaya dari segi jasmani dan secara kekal sebelum anak itu mencapai umur 21 tahun


Balu / Duda

i.
Mengikut peraturan 2, Peraturan-peraturan Pencen 1980, balu atau duda ertinya isteri atau suaminya yang masih hidup kepada seseorang pegawai yang mati yang mana perkahwinannya diiktiraf di Malaysia sebagai satu perkahwinan yang sah di bawah mana-mana undang-undang bertulis, agama, adat atau kelaziman;
ii.
Bagi orang yang bukan beragama Islam, Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian 1976, menghendaki perkahwinan selepas 1.3.1982 di daftarkan di Bahagian Perkahwinan dan Perceraian Jabatan Pendaftaran Negara

 
 
BAGAIMANA MEMOHON APABILA BERLAKU KEMATIAN DALAM PERKHIDMATAN

Tindakan oleh Balu / Duda / Waris

Jika berlaku kematian anggota Kerajaan dalam perkhidmatan, balu /duda / waris hendaklah mengambil tindakan berikut:

i.
Laporkan segera kepada Ketua Jabatan di mana anggota berkhidmat, dan

ii.
Kemukakan salinan dokumen-dokumen berikut:

salinan sijil kematian;
salinan sijil perkahwinan / sijil pendaftaran perkahwinan.  Walau bagaimanapun Surat Akuan Balu / Duda Yang Sah boleh diterima jika sijil berkenaan tidak diperolehi salinannya dari pihak-pihak berkenaan;
salinan sijil kelahiran / salinan kad pengenalan anak-anak yang berumur di bawah 21 tahun;
salinan surat pengambilan dan pengesahan anak angkat, (jika berkenaan);
dokumen-dokumen mengenai anak cacat dari Pakar Perubatan Kerajaan [Borang JPA.BP.UMUM.B04] dan Laporan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat serta gambar penuh anak cacat, (jika berkenaan) sekeping gambar balu / duda (mana yang berkenaan);
Surat Akuan Pengesahan Penjaga [Borang JPA.BP.SPT.B02] (jika terdapat anak di bawah umur yang tidak di jaga oleh balu / duda)

ii.
Pemohonan bagi tujuan persaraan pilihan ini hendaklah dikemukakan kepada majikan lapan (8) bulan sebelum tarikh pegawai ingin memulakan persaraan pilihan;



Tindakan oleh Ketua Jabatan

Borang-borang yang perlu diisi dan dokumen yang kemukakan oleh Ketua Jabatan:

Permohonan Pencen Tanggungan akibat kemalangan dalam perjalanan dan bencana;
Permohonan Pencen Terbitan dan / Ganjaran Terbitan – Borang JPA.BP.SPT.B01a;
Sijil Akuan Berhutang / Tidak Berhutang – Borang JPA.BP.UMUM.B01;
Gambar berukuran pasport, tandatangan serta cop jari kedua-dua ibu jari penerima pencen
Maklumat mengenai alamat, cara pembayaran yang di kehendaki, anak di bawah umur 21 tahun, pengakuan serta tandatangan dan cop ibu jari pemohon
Maklumat mengenai opsyen yang di buat di bawah  Peraturan 10, Peraturan-peraturan Pencen 1980
Salinan kenyataan perkhidmatan dan kenyataan cuti gemulah yang kemas kini
Surat penyelesaian cukai pendapatan
Laporan siasatan polis dan / keputusan ‘Inquest’ oleh mahkamah bagi kes kemalangan maut
Laporan sosio – ekonomi ibu /bapa/ (jika tiada ibu) oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Penyata KWSP 1036

 
 
PERSARAAN ATAS SEBAB KESIHATAN

Pegawai/pekerja berpencen yang didapati tidak berupaya menjalankan kewajipan jawatannya kerana kelemahan akal dan tubuh yang kekal hendaklah dihadapkan ke Lembaga Perubatan dan berasaskan perakuan lembaga tersebut dikemukakan kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Setiausaha Kerajaan Negeri untuk dibersarakan seperti yang digariskan oleh Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 1995. Faedah persaraan termasuk pencen yang tidak kurang daripada satu perlima daripada gaji akhir yang diterima layak diberi kepada mereka pada tarikh persaraan.

Syarat-syarat yang diperlukan:-

Pegawai yang telah disahkan dalam jawatan.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Setiausaha Kerajaan Negeri atau Pihak Berkuasa Pencen hendaklah berpuashati atas keterangan doktor dalam Laporan Perubatan bahawa anggota itu tidak berupaya menjalankan kewajipan jawatannya disebabkan oleh kelemahan akal atau tubuh yang mungkin menjadi kekal

Tarikh kuatkuasa persaraan adalah sehari selepas tarikh kepuasan hati Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Setiausaha Kerajaan Negeri atau Pihak Berkuasa Pencen atau sehari selepas habisnya cuti rehat. (Tarikh sebenar diputuskan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam selepas menerima dokumen lengkap oleh majikan)

Anggota boleh diberi cuti Perubatan Khas atas gaji penuh (sekiranya tiada cuti rehat atau selepas cuti rehatnya habis) mulai tarikh berikutan keluarnya laporan Lembaga Perubatan hingga tarikh sehari sebelum tarikh kelulusan persaraan.Sekiranya Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Setiausaha Kerajaan Negeri atau Pihak Berkuasa Pencen tidak berpuashati dengan laporan/keterangan Lembaga Perubatan, anggota hendaklah kembali bertugas dengan serta merta

(Rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 1995 tentang prosedur      membersarakan anggota atas sebab kesihatan).

Pemberian Ex-Gratia Terbitan sekaligus kepada ibu atau bapa anggota berpencen yang meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan tanpa meninggalkan balu/duda atau anak.

Kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan dan membuat pembayaran mengenai Ex-Gratia terbitan sekaligus dibayar kepada ibu atau bapa anggota berpencen yang meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan tanpa meninggal balu / duda atau anak

Pemberian ini adalah sebagai tambahan kepada ganjaran terbitan atau caruman syer Kerajaan/majikan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang telah diterima oleh waris terdekat anggota yang meninggal iaitu ibu atau ayah.

Pengiraan Ex-Gratia Terbitan dikira berdasarkan formula berikut:-

Ex-Gratia Terbitan =

1/20 atau
7.5%*
X
tempoh perkhidmatan
secara isyarat
X
gaji akhir pada
tarikh kematian

* Mengikut faktor pengiraan ganjaran terbitan yang tepakai bagi gemulah

Contoh secara lakaran


Ex-Gratia Terbitan
=
7.5% x (Tempoh A hingga sehari sebelum C) bulan x Gaji Akhir di B
    TOLAK
    ganjaran terbitan yang telah dibayar di B


Rujukan Pekeliling

-
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2008

 
 
 
 
 
permohonan jawatan secara online!
sistem pengurusan kualiti UPM
sistem pengurusan perubatan UPM
sistem kajian kepuasan pelanggan
     
 
 

 
e-book pejabat pendaftar
e-book pejabat pendaftar
 
  STATISTIK SEMASA PEGAWAI UPM  
   
  Petunjuk:
AKAD
:
Pegawai Akademik (termasuk Tenaga Adjung, Kursi, Pasca Doktoral, Sarjana Tamu, Pengajar Khas, Felo Perunding, Felo Penyelidik)
P&P
:
Pegawai Kumpulan Pengurusan & Profesional Bukan Akademik (tidak termasuk Tutor)
SOK : Pegawai Kumpulan Sokongan
     
 
Hakcipta Terpelihara © 2009 Pejabat Pendaftar, Universiti Putra Malaysia
PENAFIAN: Pejabat Pendaftar, UPM tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman Web Portal ini
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi 1024 x 768
 
log-Medik naik pangkat e-File kajian kepuasan pelanggan ops sah! Sistem Permohonan Cuti Belajar Sistem Pengurusan Latihan Universiti Putra Malaysia infoman