Pejabat Pendaftar, UPM
carian di Laman Web Pejabat Pendaftar sahaja
Pejabat Pendaftar | Universiti Putra Malaysia
PERUBATAN
 
KEMUDAHAN PERUBATAN UPM

Tanggungan Yang Layak Mendapat Faedah Perubatan Dibawah Skim Kemudahan Perubatan UPM:-

1.
Isteri atau isteri-isteri yang sah atau suami yang sah;

2.
Anak-anak termasuk anak tiri atau anak angkat yang sah dari segi undang-undang dengan syarat;

 
-
Berumur di bawah 18 tahun
 
-
Berumur di bawah 21 tahun bagi yang masih belajar sepenuh masa
 
-
Tiada had umur bagi anak yang cacat / kurang upaya
     
(Untuk kemudahan klinik panel UPM yang berdaftar, Pusat Kesihatan Universiti dan hospital kerajaan)
     
3.
Ibu bapa yang sah (ibu bapa kandung atau ibu tiri atau bapa tiri atau ibu bapa angkat yang pertalian kekeluargaan adalah sah di sisi undang-undang. Kemudahan dihadkan kepada seorang ibu yang sah dan seorang bapa yang sah sahaja pada satu-satu masa).

   
(Terhad untuk kemudahan di Pusat Kesihatan Universiti dan hospital kerajaan sahaja).
   

Dokumen-dokumen berikut hendaklah dihantar ke Seksyen Perubatan dan Perhubungan Pekerja, Pejabat Pendaftar untuk tujuan pengesahan maklumat.

   
Bil.
Tanggungan Salinan dokumen diperlukan
1.
Suami/Isteri
Sijil nikah
2.
Anak kandung/anak tiri
Surat beranak / MyKad
3.
Anak angkat Surat pengesahan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
4.
Anak cacat/kurang upaya Kad pendaftaran OKU / surat pengesahan doktor
5.
Anak 18 tahun ke atas dan bawah 21 yang masih belajar Surat tawaran melanjutkan pelajaran / pengesahan pelajar sepenuh masa
6.
Ibu bapa MyKad
7.
Ibu atau bapa tiri MyKad dan sijil nikah ibu atau bapa
8.
Ibu bapa angkat MyKad dan surat pengesahan JKM
   

Penambahan maklumat tanggungan

1.
Jika terdapat penambahan tanggungan, pegawai perlu melengkapkan Borang Perubahan Maklumat Tanggungan (OPR/PEND/BR02/PERUBATAN 04) dengan menyertakan dokumen yang berkaitan untuk mengemaskini maklumat dalam sistem.


     


KEMUDAHAN RAWATAN

1.
Rawatan di klinik / hospital kerajaan

Perlu mendapatkan Surat Akuan Majikan daripada Pusat Tanggungjawab masing-masing.

2.
Rawatan di Klinik Panel

Rawatan yang ditanggung adalah untuk rawatan pesakit luar sahaja terhad kepada RM45.00 untuk sekali rawatan. Caj yang melebihi had perlu ditanggung oleh pegawai sendiri.

3. Rawatan di Pusat Kesihatan Universiti

4.
Rawatan Pesakit Luar di Klinik Swasta Bukan Panel

Jika klinik / hospital kerajaan atau klinik panel tidak dapat dihubungi ketika pegawai berada di luar stesen, pegawai boleh mendapatkan rawatan di klinik swasta (untuk rawatan pesakit luar) dan membuat tuntutan balik terhad kepada RM45.00 sahaja.

5.
Rawatan Kecemasan

Perbelanjaan bagi rawatan kecemasan di hospital / klinik swasta dalam negeri yang paling hampir dengan tempat kejadian kecemasan boleh dipertimbangkan dengan syarat rawatan berkenaan adalah bagi kes yang benar-benar memerlukan rawatan serta-merta untuk menyelamatkan nyawa pesakit dan status kecemasan berkenaan disahkan oleh pakar perubatan hospital / klinik swasta yang merawat.

6. Rawatan Pakar Swasta

Sekiranya disahkan oleh pihak berkuasa di hospital kerajaan bahawa kemudahan rawatan pakar tidak boleh didapati di hospital kerajaan pada masa yang diperlukan mengikut keadaan penyakit, maka pegawai / tanggungan boleh mendapatkan khidmat perundingan dan rawatan pakar di hospital atau klinik swasta.

7.
Institit Jantung Negara (IJN)

Rawatan di IJN dibiaya oleh Universiti jika dirujuk oleh Pakar Perubatan Umum / Pakar Kardiologi dari klinik / hospital Kerajaan atau klinik / hospital swasta.

8.
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)

Perbelanjaan yang ditanggung oleh Universiti adalah rawatan kemandulan untuk mengatasi primary infertility sahaja iaitu bagi mereka yang tidak pernah mengandung dan menghadapi kesukaran mengandung
9.
Rawatan Hemodialisis

Perbelanjaan untuk rawatan hemodialisis di Panel Universiti dan hospital / klinik swasta boleh dipertimbangkan terhad kepada perbelanjaan rawatan tertakluk kepada maksimum RM200.00 untuk setiap rawatan dan RM70.00 untuk satu suntikan Eprex.
   


TUNTUTAN PERBELANJAAN RAWATAN PERUBATAN
 
Tuntutan Rawatan Perubatan

-
Sila lengkapkan borang Tuntutan Perbelanjaan Rawatan Perubatan (OPR/PEND/BR02/PERUBATAN 05) untuk proses kelulusan.
-
Sila lampirkan resit asal. Dokumen sokongan seperti surat rujukan doktor, preskripsi ubat dan sebutharga dari pembekal peralatan perlu dilampirkan sekiranya berkaitan.
-
Bagi tuntutan melebihi RM1,000.00, sila lampirkankan Borang Permohonan Perbelanjaan Kemudahan Perubatan Di Bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 21 Tahun 2009.


Tuntutan Pemeriksaan Kesihatan

-
Tuntutan pemeriksaan kesihatan hanya layak dipohon oleh staf yang baru melapor diri bertugas dan staf yang diluluskan cuti belajar oleh Jawatankuasa Biasiswa dan Cuti Belajar.
-
Layak untuk diri pegawai sahaja, tidak termasuk tanggungan
-
Sila lengkapkan borang Tuntutan Perbelanjaan Rawatan Perubatan (OPR/PEND/BR02/PERUBATAN 05) untuk proses kelulusan.
-
Sila lampirkan resit asal dan satu salinan surat tawaran jawatan / cuti belajar


Tuntutan Pergigian

-
Rawatan pergigian boleh dibuat di mana-mana klinik pergigian dengan had kelayakan RM 500 setahun bagi setiap staf (tidak termasuk staf sambilan).
-
Bagi staf  tetap, kelayakan RM 500 setahun adalah termasuk tanggungan yang sah tidak termasuk ibu bapa
-
Staf kontrak hanya layak untuk diri sendiri sahaja

* Borang boleh dimuaturun dari laman web Sistem Pengurusan ISO atau boleh didapatkan dari Seksyen Perubatan dan Perhubungan Pekerja.
 
 
 
permohonan jawatan secara online!
sistem pengurusan kualiti UPM
sistem pengurusan perubatan UPM
sistem kajian kepuasan pelanggan
     
 
 

 
e-book pejabat pendaftar
e-book pejabat pendaftar
 
  STATISTIK SEMASA PEGAWAI UPM  
   
  Petunjuk:
AKAD
:
Pegawai Akademik (termasuk Tenaga Adjung, Kursi, Pasca Doktoral, Sarjana Tamu, Pengajar Khas, Felo Perunding, Felo Penyelidik)
P&P
:
Pegawai Kumpulan Pengurusan & Profesional Bukan Akademik (tidak termasuk Tutor)
SOK : Pegawai Kumpulan Sokongan
     
 
Hakcipta Terpelihara © 2009 Pejabat Pendaftar, Universiti Putra Malaysia
PENAFIAN: Pejabat Pendaftar, UPM tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman Web Portal ini
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi 1024 x 768
 
log-Medik naik pangkat e-File kajian kepuasan pelanggan ops sah! Sistem Permohonan Cuti Belajar Sistem Pengurusan Latihan Universiti Putra Malaysia infoman