|
|
|
|
|
 |
|
Tarikh Iklan: 9 Februari 2023 (Khamis) hingga 15 Februari 2023 (Rabu) |
|
|
|
|
Syarat Permohonan Kenaikan Pangkat
Syarat umum untuk proses kenaikan pangkat bagi semua skim perkhidmatan di UPM adalah seperti berikut;
- Telah disahkan dalam perkhidmatan;
- Mencapai prestasi yang ditetapkan iaitu sekurang-kurangnya 80% untuk Laporan Penilaian Prestasi Tahunan bagi 3 tahun terakhir di gred semasa sebelum permohonan;
- Diperakukan oleh Dekan/Ketua Jabatan;
- Telah mengisytiharkan harta;
Selain daripada itu, syarat-syarat berikut juga diterima pakai;
- Penilaian khas (jika diperlukan) yang akan ditentukan oleh Pihak Berkuasa Melantik
- Bebas daripada hukuman tatatertib
- Lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) (untuk pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional sahaja)
- Bebas daripada disenaraikan sebagai peminjam pendidikan tegar dari institusi pinjaman pendidikan.
Tatacara Permohonan
- Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian melalui Sistem Kenaikan Pangkat (SNP) di http://reg.upm.edu.my/snp/ .
- Bagi Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional, calon perlu memuat naik Curriculum Vitae (CV) ke dalam Sistem Kenaikan Pangkat. Tarikh akhir kemaskini CV adalah pada 15 Februari 2023 (Rabu)
- Tarikh akhir permohonan hendaklah tidak lewat daripada 15 Februari 2023 (Rabu) .
- Pemohon diminta untuk memastikan telah menerima emel pengesahan permohonan kenaikan pangkat sejurus selepas permohonan dibuat.
- Calon kenaikan pangkat hendaklah mengingatkan kepada Ketua PTJ dan penilai Peer Review untuk membuat penilaian. Kegagalan Ketua PTJ dan penilai Peer Review membuat penilaian dalam tempoh yang ditetapkan akan menjejaskan permohonan calon.
Tatacara Penilaian:
- Urusetia Kenaikan Pangkat, Pejabat Pendaftar akan menghubungi Ketua PTJ dan penilai Peer Review melalui emel. Ketua PTJ dan penilai Peer Review akan membuat penilaian bermula 9 Februari 2023 dan tarikh akhir penilaian ialah pada 15 Februari 2023.
- Urusetia Kenaikan Pangkat, Pejabat Pendaftar akan menyemak maklumat dan markah Behavioural Event Self-Assessment(BESA) calon dengan Seksyen Pelan Pengantian, Pejabat Pendaftar.
- Urusetia Kenaikan Pangkat, Pejabat Pendaftar akan membuat rangkuman markah. Hanya calon yang melepasi tahap yang ditetapkan akan dijemput ke peringkat sesi interaksi strategik.
- Urusetia Kenaikan Pangkat, Pejabat Pendaftar akan membuat rangkuman markah penuh untuk di bawa ke Jawatankuasa Pemilih Kenaikan Pangkat.
|
|
|
Sila gunakan pelayar Chrome. |
|
|
|