eLPPT LAMPIRAN LAYOUT
   
Fail Lampiran
lamp_jinm
lamp_klinikal
lamp_kualitiperibadi
lamp_pemb_pelajar
lamp_penerbitan
lamp_pengajaran
lamp_penyeliaan
lamp_penyelidikan
lamp_pk2_khidmat_profesional
lamp_sumbangan_luar

KUALITI PERIBADI (* PENJANAAN PENDAPATAN)

  • Elemen Kualiti Peribadi disekalikan dengan keupayaan Penjanaan Pendapatan.
  • Jumlah markah dalam skop ini adalah 15 (10 untuk kualiti peribadi; 5 untuk Penjanaan Pendapatan).

  • i) Kualiti Peribadi

    Kriteria

    NO. KRITERIA KUALITI PERIBADI

    1.

    Komitmen
    - Dedikasi dalam melaksanakan tugas

    2.

    Disiplin
    - Kepatuhan pegawai kepada dasar, peraturan, dan prosedur yang ditetapkan oleh universiti bagi tujuan menjaga keharmonian di tempat kerja agar objektif universiti dapat dicapai

    3.

    Jalinan hubungan dan kerjasama
    - Kebolehan mewujudkan suasana kerjasama yang harmoni dan mesra serta berkebolehan menyesuaikan diri dalam semua keadaan

    4.

    Orientasi pencapaian
    - Berusaha untuk memenuhi atau melebihi standard KPI yang ditetapkan.

    5.

    Kebolehan menghadapi cabaran (resilient)
    - Kemampuan menghadapi dan mengatasi cabaran dalaman dan luaran organisasi, mengadaptasi persekitaran yang sentiasa berubah dengan cepat.



    Pemarkahan

    Kriteria

    Skala

    Penjelasan

    Sangat tinggi

    10

    Sentiasa menghayati dan melaksanakan ciri-ciri kualiti peribadi dengan cemerlang

    9

    Sangat kerap menghayati dan melaksanakan ciri-ciri kualiti peribadi dengan cemerlang

    Tinggi

    8

    Biasanya menghayati dan melaksanakan ciri-ciri kualiti peribadi dengan baik.

    7

    Cukup kerap menghayati dan melaksanakan ciri-ciri kualiti peribadi dengan memuaskan (Lebih daripada 1 dalam 2 kali)

    Sederhana

    6

    Kadang-kadang menghayati dan melaksanakan ciri-ciri kualiti peribadi dengan memuaskan (Kurang daripada 1 dalam 2 kali)

    5

    Sesekali menghayati dan melaksanakan ciri-ciri kualiti peribadi (Kurang daripada 1 dalam 4 kali)

    Rendah

    4

    Sekali-sekala menghayati dan melaksanakan ciri-ciri kualiti peribadi (Kurang daripada 1 dalam 10 kali)

    3

    Jarang-jarang menghayati dan melaksanakan ciri-ciri kualiti peribadi

    Sangat rendah

    2

    Hampir tidak menghayati dan melaksanakan ciri-ciri kualiti peribadi

    1

    Tidak menghayati dan melaksanakan ciri-ciri kualiti peribadi


    ii) Penjanaan Pendapatan


    Definisi Operasi:

    Penjanaan Pendapatan merujuk kepada keseluruhan hasil atau sumber pendapatan/keuntungan (tunai) daripada aktiviti atau inisiatif penjanaan yang dilaksanakan oleh pegawai atau fakulti (yang boleh dibahagikan mengikut jumlah pegawai akademik satu fakulti).


    Contoh: program T20, program master secara kerja kursus, konferens/seminar anjuran fakulti (dana disalurkan kepada fakulti, boleh dibahagikan mengikut bilangan pegawai yang terlibat (dekan mengeluarkan surat pengesahan kepada individu pegawai dan jumlah dana yang berjaya dibawa).




    © 2012 | iDEC