eLPPT LAMPIRAN LAYOUT
   
Fail Lampiran
2023/index
2023/lamp_jinm
2023/lamp_klinikal
2023/lamp_kualitiperibadi
2023/lamp_pemb_pelajar
2023/lamp_penerbitan
2023/lamp_pengajaran
2023/lamp_penyeliaan
2023/lamp_penyelidikan
2023/lamp_pk2_khidmat_profesional
2023/lamp_sumbangan_luar
2024/lamp_jinm
2024/lamp_kip
2024/lamp_klinikal
2024/lamp_pemb_pelajar
2024/lamp_pengajaran
2024/lamp_penyeliaan
2024/lamp_penyelidikan_penerbitan_inovasi
2024/lamp_pk2_khidmat_profesional
2024/lamp_sumbangan_luar
index
lamp_kip
lamp_klinikal
lamp_kualitiperibadi
lamp_pengajaran
lamp_penyelidikan_input
lamp_penyelidikan_penerbitan_output
lamp_pk2_khidmat_profesional
lamp_pk2_penyeliaan
lamp_pl2_khidmat_profesional
lamp_pl2_penyeliaan
lamp_sumbangan_luar

KEY INTANGIBLE PERFORMANCE (KIP) - UMUM


A. IHSAN

Ukuran :

1. Staf sentiasa memberikan mutu kerja yang berkualiti tinggi dan mengutamakan ketelitian serta kesempurnaan dalam setiap tugasan yang dilakukan;

2. Staf sentiasa menunjukkan sikap profesionalisme dan nilai integriti yang tinggi tanpa berkompromi dengan amalan salah guna kuasa, pecah amanah dan rasuah;

3.Staf sentiasa menawarkan diri (kesukarelaan) secara konsisten dan tidak berkepentingan untuk melaksanakan peranan dan tanggungjawab untuk menjayakan misi jabatan.

 


B. PEMBINAAN ORGANISASI

Ukuran :

1.Staf sentiasa meletakkan kepentingan organisasi lebih penting atau utama berbanding kepentingan individu;

2. Staf sentiasa mengutamakan semangat kerja berpasukan dengan menyokong atau mempamer dukungan kepada staf atau ahli akademik lain termasuk aktiviti mentoring staf;

3.Staf sentiasa berusaha untuk menambah ilmu dan kemahiran yang dimiliki (pembelajaran sepanjang hayat) bagi kepentingan dan kemajuan organisasi;

4.Staf sentiasa berada di dalam ketersediaan untuk memikul/menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin apabila diminta. Leadership dan followership.

 


C. BERMINDA INOVASI/KEUSAHAWANAN

Ukuran :

1.Staf sentiasa kreatif dan berusaha mencari kelainan (inovasi) dalam menentukan jalan penyelesaian terhadap isu dan cabaran ketika melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli akademik;

2.Staf sentiasa berani mengambil risiko dalam melunaskan amanah dan tanggungjawab;

3. Staf sentiasa berdikari dan percaya dengan keupayaan sendiri dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab.

 


D. INTEGRITI

Nilai integriti merangkumi nilai murni yang boleh diukur dalam batasan pengetahuan, sikap dan tingkah laku. Integriti merupakan projeksi profesionalisme staf berkaitan dengan sifat berdisiplin, tekun, bertanggungjawab, optimis, berkepimpinan, sabar, kreatif dan inovatif.

Ukuran :

Amanah

    1. Staf sentiasa memperlihatkan sifat kebolehpercayaan apabila diberi tugas dan tanggungjawab;

    2. Staf sentiasa cekap mengurus, menghargai masa dan komited.

Bersih

    1. Staf sentiasa memperlihatkan ketinggian peribadi dan ciri baik hati;

    2. Staf sentiasa memperlihatkan contoh dan teladan yang baik kepada staf dan orang lain.

Bijaksana

    1. Staf sentiasa menunjukan kesederhanaan dan berhemat dalam menjalankan tugas;

    2. Staf sentiasa bersikap kreatif dan proaktif semasa mengajar;

    3. Staf sentiasa memperlihatkan sifat sabar kepada orang lain ketika menjalankan tugas.



KEY INTANGIBLE PERFORMANCE (KIP) - KHUSUS

A. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Ukuran :

    1. Staf sentiasa menunjukkan minat yang tinggi untuk memberi dan menghasilkan pengajaran dan pembelajaran bermutu tinggi;

    2. Staf sentiasa menunjukkan usaha yang terpuji dalam memastikan pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan sebaik mungkin.


B. PENYELIDIKAN

Ukuran :

     1. Staf sentiasa menunjukkan minat yang tinggi untuk memberi dan menghasilkan penyelidikan bermutu tinggi;

    2. Staf sentiasa menunjukkan usaha yang terpuji dalam memastikan penyelidikan dilaksanakan sebaik mungkin.


C. JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT

Ukuran :

    1. Staf sentiasa menunjukkan minat yang tinggi untuk memberi dan menghasilkan jaringan industri dan masyarakat bermutu tinggi;

     2. Staf sentiasa menunjukkan usaha yang terpuji dalam memastikan jaringan industri dan masyarakat dilaksanakan sebaik mungkin.


D. AMALAN KLINIKAL

Ukuran :

    1. Staf sentiasa kompeten, dedikasi dan komited untuk memberi perawatan dan pengurusan pesakit yang berkesan dan bermutu;

     2. Staf sentiasa beretika dan bersikap professional dalam memastikan perkhidmatan klinikal yang komprehensif dan terbaik.



SKALA ASPEK KEY INTANGIBLE PERFORMANCE (KIP)


KRITERIA SKALA
PENJELASAN
Sangat Tinggi
10

Sentiasa menghayati dan melaksanakan ciri-ciri yang terkandung di dalam KIP
umum/khusus dengan cemerlang

9
Tinggi
8

Menghayati dan melaksanakan ciri-ciri yang terkandung di dalam KIP
umum/khusus dengan baik

7
Sederhana
6

Menghayati dan melaksanakan ciri-ciri yang terkandung di dalam KIP
umum/khusus dengan memuaskan

5
Rendah
4

Kurang menghayati dan melaksanakan ciri-ciri yang terkandung di dalam KIP
umum/khusus

3
Sangat Rendah
2

Tidak menghayati dan melaksanakan ciri-ciri yang terkandung di dalam KIP
umum/khusus

1


Rujukan: Borang JPA (Prestasi) 4/2002

© 2012 | iDEC