|
|
|
|
|
 |
| |
Tarikh Iklan: 21 Oktober 2025 (Selasa) hingga 26 Oktober 2025 (Ahad) |
| |
|
|
|
Syarat Permohonan Kenaikan Pangkat
Syarat umum untuk proses kenaikan pangkat bagi semua skim perkhidmatan di UPM adalah seperti berikut;
- Telah disahkan dalam perkhidmatan;
- Mencapai sekurang-kurangnya 85% utk Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun terakhir di gred semasa berdasarkan wajaran yang ditetapkan dengan markah LNPT pada tahun terakhir hendaklah mencapai sekurang-kurangnya 85%;
- Diperakukan oleh Ketua Pusat Tanggungjawab;
- Telah mengisytiharkan harta berdasarkan peraturan yang berkuat kuasa;
- Bebas daripda sebarang hukuman tatatertib;
- Lulus Tapisan Keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);
- Bebas daripada disenaraikan sebagai peminjam pendidikan tegar dari Institusi Pinjaman Pendidikan;
- Penilaian khas (jika diperlukan) yang akan ditentukan oleh Pihak Berkuasa Melantik.
|
Tatacara Permohonan
- Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian melalui Sistem Kenaikan Pangkat (SNP) di http://reg.upm.edu.my/snp/ .
- Bagi Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional, calon perlu memuat naik Curriculum Vitae (CV) ke dalam Sistem Kenaikan Pangkat. Tarikh akhir kemaskini CV adalah pada 26 Oktober 2025 (Ahad)
- Tarikh akhir permohonan hendaklah tidak lewat daripada 26 Oktober 2025 (Ahad) .
- Pemohon diminta untuk memastikan telah menerima emel pengesahan permohonan kenaikan pangkat sejurus selepas permohonan dibuat.
- Calon kenaikan pangkat hendaklah sentiasa menyemak status permohonan dari semasa ke semasa bagi memastikan penilaian dibuat sebelum tarikh tutup penilaian oleh PPP, PPK dan Ketua PTJ.
- Kegagalan penilai membuat penilaian dalam tempoh yang ditetapkan akan menjejaskan permohonan calon.
Tatacara Penilaian
- Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional
- Urusetia Kenaikan Pangkat, Pejabat Pendaftar akan menghubungi Ketua PTJ dan penilai Peer Review melalui emel. Ketua PTJ dan penilai Peer Review dikehendaki menilai calon bermula 4 November 2025 (Selasa) dan tarikh akhir penilaian ialah pada 10 November 2025 (Isnin).
- Urusetia Kenaikan Pangkat, Pejabat Pendaftar akan menyemak maklumat dan markah Behavioural Event Self-Assessment (BESA) calon dengan Seksyen Pelan Pengantian, Pejabat Pendaftar.
- Seterusnya Urusetia Kenaikan Pangkat, Pejabat Pendaftar akan membuat rangkuman markah. Hanya calon yang melepasi tahap yang ditetapkan akan dijemput ke peringkat sesi interaksi strategik.
|
| |
|
Sila gunakan pelayar Chrome. |
|
| |
|