Pengenalan
Kerajaan sentiasa memberi perhatian terhadap usaha-usaha memperkenalkan inovasi dan membuat penambahbaikan terhadap perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan. Sesuai dengan keperluan semasa dan perubahan di dalam dan luar negara, kerajaan telah mengkaji semula peranan dan kaedah yang digunakan oleh Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja (KMK) dalam penyelesaian masalah organisasi. Ia bertujuan untuk menggalakkan budaya inovatif dan kreatif serta memberi peluang kepada anggota Perkhidmatan Awam untuk menggilap kebolehan dan meningkatkan kompetensi diri. Ikutan daripada itu, KMK telah ditukar nama kepada Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK).
Program KIK bukan sahaja menyediakan teknik-teknik untuk menyelesaikan masalah yang wujud dalam organisasi, tetapi juga merangkumi kaedah untuk membolehkan ahli-ahli KIK bertindak secara kreatif dan inovatif bagi menghasilkan sesuatu yang baru atau dalam bentuk yang baru melalui kemahiran imaginasi yang membawa kepada peningkatan sistem penyampaian perhidmatan kepada pelanggan.
Pelaksanaan KIK di UPM
Pelaksanaan program Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Universiti Putra Malaysia adalah selaras dengan pelancaran ‘Malaysia Inovatif 2010’ oleh YAB Perdana Menteri, dan merupakan salah satu usaha Universiti dalam meningkatkan budaya inovasi dalam perkhidmatan awam.
Secara ringkasnya objektif KIK adalah untuk menambahbaik dan meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja khususnya dalam sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan. Pelaksanaan program KIK di Universiti Putra Malaysia akan dapat:
- Memperkenalkan sistem dan cara kerja baru yang secara tidak langsung dapat meningkatkan mutu perkhidmatan penyampaian Universiti melalui idea-idea inovatif dan kretiviti kakitangan pelbagai peringkat;
- Memupuk kerjasama di kalangan warga Universiti melalui persaingan melahirkan idea-idea iniovatif dalam pencimptaan sesuatu sistem dan cara kerja baru;
- Melahirkan budaya kerja berpasukan dan mengeratkan perhubungan yang harmoni di antara pekerja dengan pihak pengurusan;
- Meningkatkan kepuasan pelanggan dan pemegang taruh melalui penciptaan atau penambahbaikan sistem dengan cara kerja baru;
- Meningkatkan imej Universiti Putra Malaysia
Konsep KIK telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Latihan Universiti (JALUMA) pada tahun 2004 sebagai satu mekanisme pengurusan untuk menyuburkan budaya kerja kualiti di IPTA. IPTA seperti Uitm, UKM, UTM dan USM telah lama bergiat aktif dalam KIK. Projek-projek terbaik yang dihasilkan oleh KIK setiap IPTA akan dipertandingkan setiap tahun dalam Konvensyen peringkat IPTA, dan ada di antara projek-projek KIK yang diangkat keperingkat yang lebih tinggi misalnya di peringkat Kebangsaan.
Setiap Universiti secara bergilir-gilir akan menjadi tuan rumah penganjuran Konvensyen KIK peringkat IPTA dan UPM menjadi tuan rumah pada tahun 2011.
1 PTJ 1 KIK
Konsep KIK telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Latihan Universiti (JALUMA) pada tahun 2004 sebagai satu mekanisme pengurusan untuk menyuburkan budaya kerja kualiti di IPTA. IPTA seperti UiTM, UKM USM, dan UTM telah lama bergiat aktif dalam KIK.
Pada 30 Disember 2009 (minit JPU kali ke-353), Pengurusan Universiti telah menetapkan bahawa setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) mempunyai sekurang-kurangnya satu projek Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) (1 PTJ, 1 KIK). Seksyen Pengurusan Kualiti Pejabat Pendaftar selaku Urus Setia pengurusan KIK telah memantau penubuhan dan pelaksanaan KIK di UPM.
Projek-projek daripada KIK ini akan dipertandingkan pada Konvensyen KIK peringkat UPM yang akan diadakan pada bulan November 2010. Seterusnya projek yang terbaik akan mewakili Universiti ke peringkat yang lebih tinggi misalnya peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Kebangsaan dan Antarabangsa.