Pejabat Pendaftar, UPM
carian di Laman Web Pejabat Pendaftar sahaja
Pejabat Pendaftar | Universiti Putra Malaysia
PROSES PENGISIAN WAJARAN SKT PEGAWAI AKADEMIK BAGI TAHUN 2013
 

MAKLUMAN KEPADA SEMUA PEGAWAI AKADEMIK

YBhg. Dato' / Datuk/ Datin Paduka/ Profesor/ Tuan/ Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan proses pengisian dan semakan wajaran SKT pegawai Akademik bagi tahun 2013 akan dibuka untuk seperti maklumat di bawah. Proses ini boleh dilakukan di laman sesawang : http://reg.upm.edu.my/elppt/. Sebarang perubahan wajaran SKT pegawai Akademik tersebut boleh dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan dengan persetujuan Pegawai Penilai (PP). Jadual proses berkenaan adalah seperti di lampiran 1.

3. Untuk makluman YBhg. Dato' / Datuk/ Datin Paduka/ Profesor/ Tuan/ Puan, pemilihan wajaran SKT pegawai Akademik bagi tahun 2013 dibenarkan sehingga maksimum 180. Manakala wajaran minimum adalah 100. Justeru itu, pegawai akademik boleh memilih wajaran dalam julat 100-180. Oleh yang demikian, penetapan wajaran SKT pegawai akademik hendaklah ditetapkan berdasarkan perbincangan yang telah dilaksanakan antara Pegawai Yang Dinilai (PYD) dengan Pegawai Penilai (PP).

4. Adalah diingatkan sekiranya YBhg. Dato' / Datuk/ Datin Paduka/ Profesor/ Tuan/ Puan, tidak mengisi wajaran SKT 2013 seperti yang di jadual maka implikasi seperti dibawah akan dihadapi:
  • · markah penilaian prestasi PYD pada e-LPPT adalah sifar (0)

  • · markah pada KM Portal tidak dapat digenerate ke dalam e-LPPT

  • · PYD tidak dapat membuat pengesahan markah pada e-LPPT

  • · tiada pergerakan gaji tahunan
5. Sebagai makluman YBhg. Dato' / Datuk/ Datin Paduka/ Profesor/ Tuan/ Puan, penilaian prestasi tahun 2013 tidak akan dibuat secara manual dan tiada tempoh tambahan bagi pengisisan wajaran selepas 20 Oktober 2013.

Kerjasama daripada YBhg. Dato' / Datuk/ Datin Paduka/ Profesor/ Tuan/ Puan, adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian untuk makluman.

(SITI IMA MUNIRAH BINTI AHMAD)
b/p Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Pejabat Pendaftar
Universiti Putra Malaysia

Jadual Proses Penilaian Prestasi Tahun 2013 Pegawai Akademik UPM
 
 
 
 
 
permohonan jawatan secara online!
sistem pengurusan kualiti UPM
sistem pengurusan perubatan UPM
sistem kajian kepuasan pelanggan
     
 
 

 
e-book pejabat pendaftar
e-book pejabat pendaftar
 
  STATISTIK SEMASA PEGAWAI UPM  
   
  Petunjuk:
AKAD
:
Pegawai Akademik (termasuk Tenaga Adjung, Kursi, Pasca Doktoral, Sarjana Tamu, Pengajar Khas, Felo Perunding, Felo Penyelidik)
P&P
:
Pegawai Kumpulan Pengurusan & Profesional Bukan Akademik (tidak termasuk Tutor)
SOK : Pegawai Kumpulan Sokongan
     
 
Hakcipta Terpelihara © 2009 Pejabat Pendaftar, Universiti Putra Malaysia
PENAFIAN: Pejabat Pendaftar, UPM tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman Web Portal ini
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi 1024 x 768
 
log-Medik naik pangkat e-File kajian kepuasan pelanggan ops sah! Sistem Permohonan Cuti Belajar Sistem Pengurusan Latihan Universiti Putra Malaysia infoman