Pejabat Pendaftar, UPM
carian di Laman Web Pejabat Pendaftar sahaja
Pejabat Pendaftar | Universiti Putra Malaysia
SEKSYEN JAMINAN KUALITI
 
FUNGSI

Seksyen Jaminan Kualiti bertanggungjawab dalam:

1.
Sistem Pengurusan Kualiti
Memastikan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) berjalan lancar dan berkesan di semua entiti di bawah Pejabat pendaftar iaitu Bahagian Sumber Manusia (BSM) dan Bahagian Perundang-Undangan (BPU), Bahagian Keselamatan Universiti (BKU), Pusat Kesihatan Universiti (PKU), Pusat Islam Universiti (PIU) dan Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahhuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS). Fungsi tersebut merangkumi :

i.
Mengurus, mengawal, menyelenggara dan memantau dokumen Sistem Pengurusan Kualiti Pejabat Pendaftar melalui ISO Intranet;
ii.
Melaksanakan Mesyuarat Jawatankuasa Jaminan Kualiti Induk dan Mesyuarat Semakan Pengurusan Pejabat Pendaftar;
iii.
Melaksanakan dan menguruskan aktiviti audit dalaman SPK dan Audit oleh pihak SIRIM; dan
iv.
Melaksanakan latihan/kursus/bengekel berkaitan SPK


2. Pengurusan Fail dan Rekod

i.
Mengurus, menyelenggara dan memelihara fail dan rekod-rekod yang mempunyai impak yang besar kepada universiti kerana mempunyai nilai pentadbiran, kewangan, perundangan dan juga nilai sejarah;
ii.
Menyediakan jadual pemisahan rekod;
iii.
Memindahkan fail dan rekod yang telah tamat tempoh simpanan ke Bilik Arkib Pejabat pendaftar;
iv.
Membuat pelupusan fail dan rekod setelah tamat tempoh simpanan arkib; dan
v.
Memastikan penggunaan Bilik Fail mematuhi Garis Panduan yang ditetapkan dan pengurusan fail dan rekod adalah mengikut Akta Arkib Negara dan mana-mana akta yang berkaitan


3. Pengurusan Pelaporan ke Kementerian Pengajian Tinggi

Seksyen bertanggungjawab menguruskan pelaporan bagi laporan Pelan Integriti Nasional (PIN), Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP) dan Pasukan Petugas Bagi Mengurangkan Karenah Birokrasi (PPMKB) UPM ke Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada setiap suku tahun melalui Sistem Pelaporan Integrasi UPM (SPIN). Ini termasuk juga mengemaskini maklumat pelapor setiap PTJ di UPM


4. Pengurusan Maklumbalas Pelanggan

i.
Seksyen bertanggungjawab untuk mengurus, menyelaras dan menganalisis maklumbalas pelanggan Pejabat Pendaftar melalui e-aduan, borang dan surat;
ii.
Memastikan maklumbalas pelanggan diambil tindakan oleh Pegawai Yang Bertanggungjawab dalam tempoh yang ditetapkan; dan
iii.
Melaksanakan Kajian kepuasan pelanggan (dalaman dan luaran) setiap tahun


5.
Pengurusan Anugerah Kualiti Perdana Menteri (AKPM)

AKPM adalah suatu pengiktirafan tahap tertinggi oleh pihak Kerajaan Malaysia kepada agensi – agensi di sektor awam yang diperkenalkan pada 9 November 1990. Pengiktirafan ini diberikan hanya kepada agensi –agensi kerajaan yang telah berjaya menunjukkan kecemerlangan yang menyeluruh di dalam pengurusan organisasi mereka dan cemerlang dalam menyampaikan perkhidmatan berkualiti kepada masyarakat dan pelanggan. Antara tanggungjawab seksyen ialah :

i.
Memastikan pelaksanaan tindakan berkaitan AKPM yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Jaminan Kualiti UPM dan Jawatankuasa Anugerah Kualiti Perdana Menteri;
ii.
Mendapatkan dan mengemaskini data berkaitan kriteria yang diperlukan daripada entiti terbabit;
iii.
Melaksanakan aktiviti/perkara yang telah dikenalpasti pada pelbagai peringkat untuk diamalkan


6. Penyediaan dan pengemaskinian Carta Organisasi, Senarai Tugas staf dan statistik

Seksyen juga bertanggungjawab menyedia dan mengemaskini carta organisasi Pejabat Pendaftar dan senarai tugas sekiranya berlaku perpindahan, pertukaran atau penstrukturan pentadbiran di Pejabat Pendaftar

 
 
 
permohonan jawatan secara online!
sistem pengurusan kualiti UPM
sistem pengurusan perubatan UPM
sistem kajian kepuasan pelanggan
     
 
 

 
e-book pejabat pendaftar
e-book pejabat pendaftar
 
  STATISTIK SEMASA PEGAWAI UPM  
   
  Petunjuk:
AKAD
:
Pegawai Akademik (termasuk Tenaga Adjung, Kursi, Pasca Doktoral, Sarjana Tamu, Pengajar Khas, Felo Perunding, Felo Penyelidik)
P&P
:
Pegawai Kumpulan Pengurusan & Profesional Bukan Akademik (tidak termasuk Tutor)
SOK : Pegawai Kumpulan Sokongan
     
 
Hakcipta Terpelihara © 2009 Pejabat Pendaftar, Universiti Putra Malaysia
PENAFIAN: Pejabat Pendaftar, UPM tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman Web Portal ini
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi 1024 x 768
 
log-Medik naik pangkat e-File kajian kepuasan pelanggan ops sah! Sistem Permohonan Cuti Belajar Sistem Pengurusan Latihan Universiti Putra Malaysia infoman